Tinta Pena Dariku.......
tinta buat hati... hati yang sering bersemadi... bersemadi dibalik diri... namun rungkaian kata mewarnai hati.. agar hati mengerti apa yang terjadi.... dari hati..... hati bisa mengerti segala yang tersurat dalam kehidupan... ekin...
tinta pena dariku
selamat datang....
Monday, April 2, 2012
Andainya aku bisa luahkan segalanya...
Andainya aku bisa luahkan segalanya...
aku tak ingin ini terjadi
aku tak pinta ini berlaku
kenapa tidak seperti dulu
kerna itu kehendak ilahi
aku akur dengan ketentuannya
namun 1001 persoalan bermain
mengapa aku??
soalan yang tiada jawapan.
aku tahu aku bisa melukan insain lain
tp semuanya kerna aku
kerna aku tak rela..
Aku bisa
tidak bisa ku luahkan..
tidak semua perkara bisa diucap
tidak semua perkara bisa diluah
tidak semua perkara wajar dituturkan
tidak semua perkara mudah diurus dengan kata - kata
sehingga kini
aku seolah tiada kata
tiada nafas yang terucap
hanya hati bisa berkata
hanya hati memendam rasa..
takkan ku biarkan ini berlaku untukku
akau bisa merobek segala.
itulah aku
jika...
jika aku bisa undurkan masa
tak ingin ini berlaku
jika masih ada waktu
inginku katakan sesuatu
bahawa aku cukup memerlukanmu
jika kau boleh kembali
segalanya tidak akan berlaku
segalanya masih seperti dulu
namun itu tak mungkin terjadi
namun aku harus tentukannya
pilihan di tangan aku
aku akan ubahnya
bisakah ia berlaku??
sampai masa
1. Jauh di sudut hati ini mengatakan tidak
2. tiada yang layak untuk menggantikannya
3. kotakan apa yang dikata
4. banyak keburukkannya
5. jika umur masih panjang jika tidak__________
6. masih ada cara lain
7. bukan itu yang terbaik.
8. tidak cukup masa untuk mngenalinya
9. menyusahkan untuk kemana-mana
10. carilah jalan yang lebih baik.
11. jangan tambah beban dan duka.
Thursday, March 1, 2012
rindu
Thursday, February 16, 2012
Aku kini...
Aku kini...
seolah - olah mencari...
Mencari senyuman itu
Senyuman yang ku rindu..
Aku kini...
Mengimbau memori lalu
kian menusuk di hati sayu..
Aku terus mencari
dan terus mencari..
Senyuman itu...
Aku kini...
lemah dan layu
kerna senyuman itu
hilang dipandangan
namun kekal dijiwaku
Jiwa kini
tak seperti dulu
Saban hari
ku menghitung waktu
bisakah ku ketemu
dengan pemilik senyuman itu...
Bawalah aku ketemu
Pemilik itu....
Aku kini haru biru
kerna senyuman itu hilang dariku......
Bukan itu....
Diam tak bererti tenang
Diam tak bererti takut
Diam tak bererti sayu
Diam memberiku seribu erti...
Tatkala aku menyendiri
aku meneroka hati
mencari mimpi
yang kian lari
Bagai ombak yang sendiri datang dan pergi seolah tiada erti
Aku bukan ombak itu
Aku bukan angin lalu
Aku juga bukan butiran pasir itu
Aku...aku ...
Adalah aku
yang mempunyai jiwa nan layu
Tatkala aku merindu
pada yang satu...
Tiada lagi kasih itu untukku..
Sekadar mencuit memori lalu
Memori yang cukup ku rindu..
Kenangan buatku..
Thursday, February 2, 2012
Bisakah?
bisakah ku sampaikan salam rindu ini buat mama
bisakah hati ini bersama mama
bisakah aku mengadu kedukaan ini dengan mama
bisakah
ku rindu mama
rindu yang tidak akan berakhir
ku tetap rindu mama
sampai kapan
ku masih merindui mama
bisakah
mama dengar luahan ini
bisakah mama bersamaku
bisakah segalanya macam dulu....
aku tahu segalanya tak bisa..
mama kini tidak bersamaku
segalanya berubah tanpa relaku..
namun aku tetap rindu mama...
Tuesday, January 31, 2012
Kenangan terindah....
Senyum Terukir
bukan bermakna ku gembira
riang tergambar
tidak bermakna ku ceria
tangisan ku titiskan
tak bermakna ku derita
namun cukup segalanya hanya kenangan jiwa...
rindu yang ku rasa tidak tergambar wajahnya..
seram didada menununjukkan jiwa yang luka..
parahnya jiwa tatkala derita..
derita yang luka
pasti tetapkan sengsara...
Itukah Takdirnya?
Itukah Takdirnya?
Aku terpandang akan kata-kata itu dan aku cuba hayati. Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Aku nekad seandainya dia Amirul Aizat Zahari tercipta untukku aku akan menjadi isteri yang solehah.
Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Dan itulah idaman aku juga. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Dan itulah takdirnya kerana Allah lebih mengetahui daripada kita semua.
Baru petang tadi seolah-olah mimpi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Amirul Aizat bin Zahari, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang lelaki yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya. Maklumlah sudah hampir lima tahun menylam bahtera cinta akhirnya dia tercipta untukku.
“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.
“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.
“Qaseh buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Qaseh dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `’
Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang’ dari bibirnya. Walaupun sudah lama menyemai asmara ungkapan itu tidak pernah kedengaran dari bibir Amirul Aizat.
Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.
Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.
Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Qaseh baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ?” ujarku.
“ Ha’ah dah maghrib. Qaseh mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye? `’Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggetarkan hati kewanitaanku lantas membangkitkan keghairahanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku Amirul Aizat Zahari.
Setelah selesai solat, suamiku berdoa untuk kesejahteraan kami dan selepas itu aku bersalaman dengannya. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.
“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.
“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah dan ungkapan itu, amat menyentuh perasaanku.
“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Qaseh sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Qaseh. Qaseh insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Qaseh harap abang sudi pandu Qaseh. Walaupun kita sudah lam kenal tapi Qaseh tak sanggka abang betul-betul ikhlas dengan Qaseh.
“Qaseh, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Qaseh sudi terima abang dalam hidup Qaseh. Abang sayangkan Qaseh. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Qaseh boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi kebahagiaan yang kita bersama. Insya Allah abang…. Qaseh sayangkan abang. `’
“Abang juga sayangkan Qaseh. Sayang sepenuh hati abang.”
Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku. Aku rasakan begitu bahagia kerana dia tercipta untukku.
Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh penuh kebahagiaan. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Hati aku tetap lembut seperti wanita lain.
Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Aku rasa bersalah pula. Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Bukan apa aku agak resah jika suamiku yang aku sayang ini tiada dipandangan mata. Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Teringat aku akan potongan hadis di majalah yang pernah ‘Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .’
Aku kononya ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku harus ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.
Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.
Tetapi aku harus tabah kerana itulah tugas isteri. Sudah lama ku idamkan untuk bergelar isteri. Oleh itu selepas solat sahaja ku pasti akan berdoa “Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.” Aku berharap kasih sayang aku berkekalan hingga akhir hayat.
“Qaseh baik, cantik. Abang sayang Qaseh.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Walaupun aku bukannya begitu arif tentang agama tapi aku bukan jahil. Aku tahu wanita harus taat pada suami dan perlu menjadi isteri yang solehah.
Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.
Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami. Impian selama ini untuk hidup bersama-sama akhirnya tercapai dan aku berasa sangat bahagia.
Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga dari suamiku.
“Qaseh …..abang ada sesuatu nak cakap dengan Qaseh.”
“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `’ Qaseh isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Qaseh. Abang bertuah punya Qaseh sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu? Agak runsing aku fikirkan.
“Abang ada masalah ke sayang?” Aku cuba meneka.
“Tidak Qaseh. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.
“Qaseh ……abang…..abang nak minta izin Qaseh ……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata. Lemah rasa tubuhku ketika itu.
“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang. Aku sangka cinta yang dipujuk selama ini benar-benar indah. Namun apa yang terjadi ini?
Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku. Mengapa aku dipilih untuk hadapi kenyataan ini?
Tanpa bicara, dia mengangguk. “Dengan siapa abang ?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
`’ Faizah. Qaseh kenal dia, kan ? `’
Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Setiausaha suamiku di pejabat. Suamiku rajin berkerja dan aku tahu Faizah juga seorang pekerja yang setia dan rajin. Aku mula curiga dengan suamiku. Padanlah selama ini dia sering pulang lewat ke rumah.
Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.
” A….Abang……Apa salah Qaseh abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Amirul sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.
“Qaseh tak salah apa-apa sayang. Qaseh baik. Cukup baik. Abang sayang pada Qaseh.”
“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Qaseh lagi.” Aku cuba untuk dapatkan kepastian.
“Qaseh …..sayang abang pada Qaseh tidak berubah. Qaseh cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Kerja di pejabat memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.
Lagipun….abang lelaki Qaseh. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `’
Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Kenapa cepat benar hatimu goyah. Mana cinta yang dulunya mekar untukku?
Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi. Ketika itu aku rasakan dunia tidak adil untukku. Kenapa Abang Amirul iaitu suamiku sanggup mengkhianati cinta aku.
Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Amirul penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.
Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.
Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya! “ Abang, apa kurangnya Qaseh dan apa lebihnya Faizah” detik hatiku.
Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.
Oh Tuhan…..ampuni aku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. Aku kini lemah.aku tidak kuat untuk hadapi semua ini. Kenapa Abang sanggup lakukan ini semua.
Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus aku dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?
Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku sayangkan Amirul Aizat Zahari.
Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.
Senyumku untuk suamiku telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka. Aku terluka dengan permintaanya.
Namun, suamiku masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.
Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah suamiku benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?
`Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.’ Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Walaupun tika dalam kesempitan begini aku kecewa namun perkara ini membuatkan aku lagi dekat dengan Allah.
Hatiku tidak kuat untuk terima kenyataan ini. Aku tahu aku ada kekuatan untuk hadapai ini tapi suamiku milikku. Aku tidak mahu berkongsi. Tapi mengapa suamiku sanggup menduakan aku. Mana nilai cintanya? Adakah aku tidak cukup baik untukknya?
Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela. Itulah doaku seiring langkahku.
Biarlah… aku harus berusaha untuk membuatkan suamiku bahagia. Itulah matlamat cintaku untuk memberi sepenuh kasih sayang dan sejuta kebahgiaan untuknya.
Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan suamiku berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat suamiku itu kepada Faizah.
Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.
“Qaseh?…… Qaseh serius?”
“Ya abang. Qaseh sendiri akan cakap pada Faizah. Qaseh lakukan ini semua atas kerelaan hati Qaseh sendiri. Abang jangan risau… Qaseh jujur terhadap abang. Qaseh tak akan khianati abang. Qaseh hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.
Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.
Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.
“Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan,”setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.
“ Apa dia, Kak Qaseh. Cakaplah,”lembut nada suaranya.
“Abang Amirul ada cakap apa-apa pada Faizah?”
“Maksud Kak Qaseh, Encik Amirul?” Ada nada kehairanan pada suaranya.. Aku hanya mengangguk.
” Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”
“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Qaseh. Izah kenal Encik Amirul. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Qaseh tanya macam tu? Kak Qaseh ada dengar cerita dari orang ke ni? `’
“ Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Qaseh cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.
“Kak Qaseh!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “ Apa yang Kak Qaseh cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Qaseh,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Amirul Aizat Zahari sendiri merisik calon isteri kedua suaminya. Hatiku luluh dan hancur berderai.
“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Qaseh?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.
“Kak Qaseh. Soal ini bukan kecil Kak. Kak Qaseh pastikah yang……Encik Amirul….mahu… melamar saya?”
Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.
Demi untuk memudahkan urusan perniagaan untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.
“Kak Qaseh …..saya tidak tahu bagaimana Kak Qaseh boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Qaseh. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Qaseh terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.
“Izah…Kak Qaseh tahu kamu tak salah. Kak Qaseh juga tak salahkan Abang
Amirul. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan dan kesetiaan Kak Qaseh.”
“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.
“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.
“ Kak Qaseh ….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Qaseh.”
“Soal Kak Qaseh ….Izah jangan risau, hati Kak Qaseh …Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Amirul bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Qaseh mengenali Abang Amirul dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’
“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”
“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Qaseh akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”
Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. Tabahnya hatiku untuk menempuh rintangan ini. Subhanallah hebatnya dugaan yang Allah berikan ini kepadaku.
Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Amirul. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.
Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua. Bagi mengelakkan fitnah orang keluarga Faizah bersetuju.
“Qaseh …..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.
“Kenapa?”
“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Qaseh. Tapi… Qaseh sedikit pun tidak marahkan abang. Qaseh terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Qaseh.”
“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Qaseh Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Qaseh. Itu yang Qaseh cari abang. Qaseh sayangkan abang. Qaseh mahu abang gembira. Qaseh anggap ini semua ujian Allah abang dan mungkin telah tertulis jodoh abang dengan Faizah. Lagipun Qaseh sudah lama menikmati kasih sayang abang dan tak salah kalau Qaseh beri peluang kepada Faizah untuk merasai nikmat itu.” Ujarku separa rela.
“Qaseh ….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Qaseh ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Qaseh. Qaseh adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Qaseh.”
“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Qaseh harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”
“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.
Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sesaat pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Amirul dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Sedikit kecewa dan riak-riak penyesalan hadir dalam hatiku tetap ada namun aku lemparkan jauh-jauh perasaan itu. Abang Qaseh sayangkan abang dan segalanya pengorbanan ini kerana Qaseh sayang dan cintakan abang.
Mereka bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.
Seminggu selepas itu, barulah Abang Amirul pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.
`’ Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.
“Qaseh rindu abang. Rindu sangat”. Berjuraian air mata ku melepaskan sebak di hati. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.
“ Abang pun rindu Qaseh. Abang rindu senyuman Qaseh. Boleh Qaseh senyum pada abang ? `’ Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.
“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Qaseh ?”Aku menduga keikhlasannya.
“ Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Qaseh masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Qaseh, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Qaseh, suara Qaseh, masakan Qaseh, sentuhan Qaseh. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Qaseh saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”
Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.
Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.
Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Amirul dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Amirul. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Amirul. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.
Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.
Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit dan dihambat rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan doa-doa moga kebahagiaan ini berkekalan. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Benarlah apa yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin Allah ingin aku lebih dekat denganNya.
Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.
Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aku sebenarnya cemburu. Aku tidak dapat tipu hati ini Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak.hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku
Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.
Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk menerima ujian ini. Aku redha jika ini takdir untukku. Aku tetap sayangkan Amirul Aizat Zahari.
Meniti Kasih
Meniti Kasih
Aku termenung di satu sudut sambil menghirup minumanku. Entah mengapa ia belum mampu membasahi tekakku yang dahaga. Kelihatan di luar jendela, sekumpulan remaja lelaki dan perempuan belasan tahun yang masih berbaju sekolah sedang bergelak ketawa sesama mereka. Ada juga yang bertepuk tampar sesama sendiri tanpa rasa kekok dan segan diperhatikan orang sekeliling. Seronok sungguh aku melihat gelagat mereka. Ada juga yang bergurau senda secara berpasangan seolah sedang bahagia dan seronok meniti kasih yang mereka corakkan. Seronok sungguh aku melihat gelagat mereka seolah-olah tiada apa yang perlu mereka fikirkan.
Sedang leka aku memerhatikan mereka, tiba-tiba aku teringat akan abangku yang kini dilanda seribu satu masalah dalam alam percintaannya. Aku seolah-olah buntu memikirkannya. Seingat aku abangku iaitu Mohd Ikwan Zuhairi merupakan seorang yang cukup tabah tetapi kali ini dapat aku rasakan sesuatu yang berbeza dari biasa. Abang aku tidak seceria dulu dan dalam situasi ini aku seakan-akan bingung bagaimana hendak membantu konflik yang melanda hidup dia.
Kring…kring….kring…
Telefon bimbitku berdering dan terpapar nama abang, aku dengan segera menekan butang hijau di telefon bimbitku.
“Hello, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Adik sihat?” soal abangku.
Jauh disudut hatiku dapat aku rasakan abang berada dalam keadaan yang begitu gelisah. Hampir tiga puluh minit aku bersembang dengan abang. Abang sempat menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya. Aku turut simpati dengan keadaan abang kerana tidak aku sangka tunangnya sanggup menduakan abangku. Di hati kecil aku ini aku seolah-olah enggan memaafkan insan yang telah melukakan hati abangku kerana aku hanya ada seorang sahaja abang dalam hidup ini.
“Adik tolong abang ya. Jangan beritahu mama dengan abah.” Pesan abang dengan penuh harapan kepadaku.
Semenjak kejadian yang menimpa abangku itu, apabila ada kesempatan sahaja dia pasti akan menelefonku. aku seolah-olah ingin sahaja memberitahu mama dan abah mengenai masalah abang namun aku ingat pesan abang kepadaku. Tidak aku sangka kak Aqila Areesha sanggup menjadi talam dua muka dengan kedua orang tuaku. Didepan mama dan abah kak Aqila sangat baik hati dan cukup peramah malah pandai membuat lawak sehinggakan mencuit hati abah dan mama. Bagi kedua orang tuaku abang telah membuat pilihan yang tepat kerana mencari calon menantu mereka yang begitu baik hati dan agak cantik orangnya.
Ingatanku kembali ketika mama menghubungiku dan riang sungguh kedengaran suaranya dan mama memberitahu aku bahawa abang akan bertunang dalam masa terdekat ini. Agak teperanjat aku apabila mendengat perkhabaran itu, namun aku cuba yakinkan diri bahawa abang aku telah membuat pilihan yang tepat. Mama juga ada membuat pesanan kepadaku senarai barang-barang hantaran yang harus aku beli maklumlah aku seorang sahaja anak perempuan. Secara tidak langsung akulah orang yang perlu bekerja keras untuk menjayakan majlis pertunangan abang. Sejak dari itu, aku terpaksa meringankan kaki dan lapangkan masa aku untuk membeli barang-barang yang diperlukan. Aku dan juga teman lelakiku Amirul turut sama-sama pergi untuk membeli barang-barang hantaran. Aku sebenarnya seakan tidak percaya dengan keputusan abang untuk bertunang kerana bagi aku abang belum cukup kenal lagi kak Aqila Areesha. Berbeza dengan aku kerana aku lebih suka untuk berkawan lama-lama dahulu barulah boleh untuk mengikat sebarang ikatan.
Bermacam-macam soalan yang bermain dimindaku kerana aku sendiri belum pernah berpeluang untuk mengenali kak Aqila dengan lebih dekat. Namun aku akur dengan keputusan abang untuk mengikat tali pertungan dahulu walaupun mereka baru beberapa bulan menyulam ikatan cinta. Aku sebenarnya agak keberatan untuk melepaskan abangku kepada kak Aqila. Entah mengapa detik hatiku begitu. Tapi tidak mengapa kerana yang penting sekarang kebahagiaan abang.
Kini tibalah hari yang dinanti-natikan oleh abang, iaitu hari pertunangannya dengan kak Aqila. Tetapi pada hari tersebut aku agak hairan kenapa kak Aqila tidak mahu mengumumkan majlis pertungannya kepada rakan-rakannya dan fikirku mungkin kerana dia tidak mahu rakan-rakannya tahu mengenai abang. Aku sangat kagum dengan abangku kerana dia hanya menyetujui apa sahaja keputusan kak Aqila. Ketika iti dapat aku rasakan abang aku ibarat kerbau dicucuk hidung kerana terlalu mengikut kehendak kak Aqila. Aku cukup hairan kenapa kak Aqila tidak mahu rakan-rakan tahu akan hal ini.
“Erm….kalau aku la…aku dah lame umumkan bila aku akan bertunang dan akhirnya melangsungkan perkahwinan.” Detik hatiku perlahan….aku bermonolog sendrian….
Selepas kak Aqila bergelar tunangan abangku dia sering bertandang ke rumahku dan pandai mengambil hati kedua orang tuaku. Aku juga berasa selesa dengan kehadirannya selaku bakal kakak iparku. Aku tidak berasa kekok pun jika bersembang dengannya. Senang hati aku ketika itu melihat abang kesayanganku bahagia. Seingat aku, majlis perkahwinan mereka insyaallah akan dilangsung tahun hadapan tetapi kak Aqila seolah-olah tidak begitu setuju dengan cadangan kedua orang tuanya ketika majlis pertunangan tempoh hari. Mama begitu hairan dengan sikap kak Aqila yang ingin menangguhkan lagi majlis perkahwinan dengan abang. pada ketika itu tiada sebarang tanggapan yang negatif terhadap keputusan kak Aqila. Bagi mama lagi cepat lagi baik. Aku juga bertanggapan seperti mama. Tetapi tidak tahu apa sebab kak Aqila begitu tidak bersetuju jika perkahwinan dicepatkan. Seribu satu persoalan yang berlegar di fikiranku, mengapa tidak umumkan majlis pertunangan dan mengapa tidak mahu perkahwinan dicepatkan?....emm…..
Mohd Ikwan Zuhairi hanya mengikut sahaja kehendak kak Aqila. Setahu aku banyak wang abang dihabiskan untuk tunangnya, namun aku tidak langsung cemburu kerana bagi aku tidak salah melabur sedikit untuk yang tersayang. Kak Aqila melayan abang dan keluargaku dengan baik sekali. Malah mama juga amat suka akan kak Aqila. Maklumlah bakal menantu. Namun sebenarnya ada juga insan yang kurang bersetuju dengan pertunagan abang iaitu makcikku yang bongsu,mungkin kerana dia yang seharusnya sudah mendirikan rumah tangga masih belum ada perancangan untuk bertunang. Katanya abang langkah bendul. Tapi tidak mengapa janji apa yang diinginkan abang dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam kehidupan ini tanpa diduga apa sahaja boleh berlaku. Kak Aqila yang mama sering sebut-sebut sudah jarang datang ke rumah. Namun aku sangkakan panas hingga ke petang namun tiba-tiba hujan ditengah hari kerana baru sahaja dua bulan abang aku bertunang aku telah mendapat panggilan daripada abang bahawa dia agak sukar untuk mempertahankan ikatan pertunangan itu. Ketika aku mendapat tahu perkara tersebut terus fikiranku bercelaru memikirkan apakah yang akan terjadi selepas ini. Perkara yang paling aku bimbang ialah mama, kerana mama sangat berharap ikatan pertunagan itu diakhiri dengan perkahwinan kerana bukan sahaja saudara mara yang tahu kan perihal pertunagan abang malah seluruh pelusuk kampung tahu bahawa abang akan berkahwin dengan kak Aqila.
Semenjak abang menceritakan bahawa kak Aqila meminta abang untuk putuskan pertungannya kerana kak Aqila sudah ada teman lelaki baru yang baru sahaja dikenalinya. Lebih menyakitkan abang, teman lelaki kak Aqila lebih muda daripada kak Aqila dan masih menuntut disalah sebuah kolej di ibu negeri Pahang Darul Makmur. Tidak dapat digambarkan perasaan abang ketika itu. Luluh hatiku saat mendengar perkhabaran itu daripada abang. Bukan apa, aku berasa sangat terkilan sanggup kak Aqila mengkhianati cinta abang. seolah-olah manik-manik jernih menitis dipipiku sanggup insan lain mengkhianati abangku.
Namun perkara yang merunsingkan fikiran aku ialah reaksi mama dan abah. Oleh sebab itulah, abang cuba rahsiakan perkara ini daripada mereka aku pasti mereka mesti akan terkejut dan tidak akan percaya kata-kata abangku kerana kak Aqila merupakan seorang yang pandai mengambil hati mereka. Ketika abang dan kak Aqila sedang dilanda masalah ini, perkara yang paling menghairankan aku ialah sikap kak Aqila yang ‘selamba’ dan seolah-olah tiada sebarang masalah. Mungkin dia ingat aku tidak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya aku telah mengetahui segalanya.
Kring…kring…
Telefon bimbitku yang tadi sunyi sepi kini berdering. Seperti selalu nama abang yang tertera di skrin telefon bimbitku, maklumlah aku seorang sahaja adiknya. Aku pasti abang pasti ingin bertanyakan mengenai kak Aqila.
“Assalamulaikum, adik buat apa? sibuk ke?” soal abang ingin memulakan bicaranya.
“Waalaikumussalam, tak adalah sibuk sangat pun. Abang apa khabar? Okey?”
“Abang tak okey sangatlah.runsing je kepala ni memikrkan masalah ni adik. Adik ada apa-apa khabar tentang kak Aqila?” suara abang tidak seperti selalu. Kedengaran suaranya yang lemah seolah-olah berat beban yang perlu dipikulnya.
“ Abang…adik tidak dapat menghubungi dia. Adik mesej dia tak balas. Adik ‘call’ dia tak angkat. Adik tak tahu macam mana. Terangku pada abang.
Sememangnya aku mahu menolong abang namun apa dayaku. Aku telah cuba tapi apakan daya. Baru aku teringat minggu hadapan aku akan bercuti dan inilah peluang aku untuk pergi ke rumah kak Aqila. Biarlah aku digelar tetamu tidak diundang pun janji aku telah cuba selagi aku mampu.
Hari ini aku akan pergi ke rumah kak Aqila dan aku harap aku tahu apa yang terjadi sebenarnya dari mulut kak Aqila sendiri.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..oh….adik.” wajahnya yang tadi ceria berubah sedikit. Nampak riak keresahan di wajahnya. Seolah-olah kehadiran aku mengejutkan dia.
Ini sebenarnya rancangan abang agar kak Aqila sedar akan kesilapannya. Namun ketika aku bertandang ke rumahnya dia seolah-olah berlakon seperti tiada apa-apa yang belaku. Hairan aku dibuatnya. Aku cuba bertanyakan bermacam-macam soalan kenapa kak Aqila tak balas mesej adik? Namun segala persoalan itu langsung tidak di endahkannya. Aku pula menjadi runsing.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan kerana kak Aqila pandai berlakon. Jadi aku terpaksa meminta diri untuk pulang. Namun apabila aku keluar dari rumahnya, tidak aku duga sebuah kereta Produa Viva meluru masuk ke rumah kak Aqila. Aku seakan kenal pemandunya. Seingat aku dialah lelaki yang abang ceritakan itu. Lelaki itulah yang memusnahkan cinta abang dan kak Aqila. Ikutkan hati aku ketika itu aku mahu sahaja bagi penampar pada budak lelaki itu.
Aku pun beredar dari rumah kak Aqila. Tanpa aku sedari produa Viva tadi mengekori aku malah dia turut mengejarku. Panas sahaja hatiku dan kalau ikutkan hati aku ingin saha mengejarnya kembali namun aku cuba berfikir rasional dan aku bersabar.
Aku terus menghubungi abang…
“Hello abang..budak tu kejar kereta adik.”
“Apa?..kenapa adik tak kejar balik? Melampau betul la budak hingusan tu.” Abang sudah tidak dapat menahan kesabarannya.
Aku ketika itu ingin sahaja bertumbuk dengan budak itu, namun aku cuba bersabar dan aku tidak tahu untuk menyelesaikan masalah ini. Yang ada difikiranku hanyalah abah. Abah mungkin tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tapi keluarga kak Aqila mahukan abang untuk menjadi menantu mereka. Dalam keadaan ini aku hanya mampu berserah kepadaNya. Aku seakan buntu dalam kemelut ini. Aku cuba kuatkan semangat untuk ceritakan segalanya kepada abah.
“Abah,ada sesuatu yang penting untuk adik bincangkan dengan abah mengenai abang”.
“apa adik?”
“abang dengan kak Aqila sudah lama dilanda masalah. Kak Aqila ada lelaki lain”.
Abah kelihatan tenang dan seolah-olah mengetahui segalanya. Agak hairan aku ketika itu.
“Adik, abah da tahu segalanya. Abah Nampak sendiri kak Aqila keluar dengan budak lelaki lain. Bukan sekali tapi lima kali.”tenang abah menceritakan kepadaku.
Alhamdulillah…..abah tahu segalanya. Tapi kali ini aku dan abah perlu mengatur stategi untuk menyelamatkan keadaan.
Namun semua menjadi keliru kerana bagiku bukan abang yang bersalah. Abah telah pergi bertemu dengan keluarga kak Aqila dan menurut mereka kak Aqila mengaku dia telah curang namun kak Aqila mengakui bahawa dia tidak langsung mencintai budak lelaki itu..
Keluarga kak Aqila terlalu harapkan abang menjadi menantu mereka. Namun apa yanh diharapkan belum pasti terjadi.
Hairan aku dibuatnya…bila di Tanya adakah dia menyintai abang dia hanya diam membisu. Persolannya bagaimana dengan kedudukan abang kini? Ikatan pertunangan ini tidak mungkin diputuskan. Tapi adakah kak Aqila tidak curang dan bermain kayu tiga lagi? Adakah kak Aqila insaf dan kembali pada abang? atau kak Aqila memang sudah tawar hati dengan abang? adakah abang ada buat kesilapan besar yang kak Aqila tidak akan maafkan?
Segala persoalan ini hanya kak Aqila yang ada…aku hanya berserah dan semoga jodoh abang berpanjangan kerana abang terlalu menyayangi kak Aqila. Atau abang perlu redha yang kak Aqila bukan tercipta untuknya?......