tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Wednesday, April 28, 2010

erti.


Tidak layak untuk aku bicarakan soal diri,
kerana aku seakan mengerti bahawa diri tidak perlu lagi..
Tidak layak rasanya diri untuk berdiri kerana aku seolah tiada lagi.
Apa guna hidup ini jika tiada erti.
Erti dulu yang aku sanjungi kini sudah pergi dan membenci..
Apa guna hidup ini kalau bukan untuk diri.
Penat menyendiri kerana diri tidak disadari.
Biarlah diri menyendiri kerana harapan tiada lagi...
Biar diri dibawa arus pergi.....

salam permisi...

Kerana aku?


Usah maafkan aku..
kerana khilaf ku,
jangan pandang aku
kerana aku banyak dosakan hidupmu.
jangan maafkan aku
aku yang rosakkan jiwa
jangan cari aku
aku lakukan itu
bukan kerana aku
kerana aku tahu kau hatiku
namun jangan
jangan maafkan aku
kerana aku kau begitu..
usah benci aku
namun jangan maafkan aku..
aku yang bersalah jangan maafkan aku....
diriku hidupku...
jangan maafkan aku...

suatu hari...


Jika suatu hari,
aku tiada disini,
usah kau tangisi.

Jika suatu hari,
aku menyendiri,
usah kau mengerti.

Jika suatu hari,
aku tiada lagi,
ingat pesanan ini.

Jika suatu hari,
aku jadi duri,
jangan kau kesali.

Jika suatu hari,
aku mencari diri,
jangan kau mencari.

namun...
Jika suatu hari,
aku bukan di sisi,
aku tetap dihati,
walau tak bisa mengerti apa kehendak hati.

Aku Wanita Biasa



Aku Wanita Biasa


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku.



Cyrus pernah berkata
seringkali memaafkan orang lain, tetapi jangan sesekali memaafkan diri sendiri..

Tuesday, April 27, 2010

jangan....


jangan sangka buruk
kerana ia boleh membawa padah
jagan terlalu sangka baik
kerana bukan segalanya baik
apa yang di impikan bukanlah sama seperti apa yang dirancang...
hiduplah dengan laluan sendiri...
ikut kata hati menitoi arus ini....

Sunyi..


Kadang - kadang riang rasa hati apabila terdengar nyayian cengkerik malam...
Namun suara itu belum mampu mengubat 1001 rasa kesunyian hati..
jagan biar diri diselubungi rasa hati
kerana hati bukan bisa mengerti kehendak diri..
akhirnya kembalilah kepada Yang Esa..
kerana di situ ada sejuta keehidupana yang abadi..
kehidupan yang hakiki..
usah ikut rasa hati...

171207


apa makna 171207?
tanya hati?
mungkin mengerti...
namun hati berkata 1437.
untuk siapa?
jawapan disini 5767.
usah pening dengan hati..
kerana hati tidak bisa mati.
jika tetap ada 890528065767 dihati...
171207 tidak pernah dirancang,
tidak juga diduga..
namun terima kasih hati kerana kau aku disini berada dalam kehidupan yang abadi bersama dia kukasihi...
1437 2 5767...
salam istimewa untuk 171207..........

cari dan mencari...


jangan cuba mencari diri..
kerana diri ada disini.
namun siapalah diri ini...
tanpa sebuah kehidupan yang abadi..
jangan cari diri,
jika mahu menyendiri.
jangan lari dari diri sendiri.
bukan mudah nak fahami diri jika diri dilupai..
jangan lari dari diri kerana diri tetap disini...
disini menanti dirimu yang menerima diri ini...

Monday, April 26, 2010

cinta..




Mungkin benar kata Andre Gide
Lebih baik anda dibenci kerana siapa anada, daripada anda dicintai bukan kerana anada yang sebenar...
begitu juga kata Nelson Rockefeller...
ingat, kekuatan terbesar di bumi adalah CINTA.
namun adakah cinta segalanya?
jangan letakkan kayu ukur untuk cinta..
kerana cinta akan datang dan boleh pergi..
tanpa disedari cinta ibarat petir yang menyambar..
adakah cinta milik kita?
tidak salah merancang untuk cinta
tapi jangan biar cinta yang menentukan rancangan kita..
hargailah cinta...
kerana...
cinta menyebabkan si kikir menjadi setia,si pengecut menjadi lebih berani mati demi orang yang disayanginya...
CINTA IBARAT API. IA TIDAK BOLEH DIPERMAINKAN, APABILA DIPERMAINKAN IA MEMBAKAR DIRI SENDIRI...

Sunday, April 25, 2010

Jiwaku..

kau yang ku sayang dari awal dulu dan selama - lamanya...
setelah ku lihat dirimu...
sejak pertama kali ku buka mata..
kaulah pertama dan terakhir dalam hidupku...

tiada siapa yang layak menggantikanmu...

sayangku kasihku hanya untukmu..

dirimu tetap ku puja...
sampai akhir hayat...

tanpa mu siapalah aku disni...

yang masih mengharap kasih darimu hingga ke hujung nyawaku...
ku sayang padamu mama...

Gua Kelam....



Dulu..
Hanya namamu disebut - sebut,
namun belum pernah ku ketemu,
sudah lama memendam hasrat untuk bertemu dengan mu,
kini...
ku rasa diri ini sangat bertuah,
dapat bertemu dan menyelami jiwamu..
ku mengorak langkah demi langkah,
menyelusuri aliran airmu,
bersama - sama teman rapat dan teman hidupku...
suasana yang nyaman..
menggamit hati dan sanubariku..
jauh perjalanan hidupku untuk bertemu denganmu...
terima kasih Amira kerana kau
aku mampu bertemu dengannya...
cantik kau diluar indah didalam...
kaulah GUA KELAM....

kami berempat Imal,Myra,Mirul,Ekin...

Thursday, April 22, 2010

Ceria......


Lalui hidup ini dengan penuh keceriaan...
ukirkan senyum di bibir,

moga hati turut tersenyum...

ikut apa yang diturutkan,
moga bahagia berpanjangan..
Ceria tidak bererti gembira,
kerana kita ada harapan,
harapan yang diselitkan dengan impian,
yang sering tersemat dan terbayang di kotak pemikiran kehidupan....
namun .....
moga segalanya terabadi selamanya....

Tanya diri?

Jika tanya pada diri...
adakah kita mampu melakukannya...
namun biarlah tinggal tanda tanya...
kerana kita bukan yang berkuasa...
hati ini mungkin cekal
namun tidak secekal...
karang di lautan...
diri ini bukan karang di lautan yang bisa teguh dilambung badai...
namun harus akur..
karang juga bisa mati jika dinodai...
cuba yakin pada diri jika kita adalah kita...
kehidupan milik kita...
namun sesiapa berhak untuk berdamping malah menyelami kehidupan kita...
cerialah...walau dalam duka...

memoir silamku..


Memior silamku....
menggamit kenangan,
tidak terlintas difikiran...
pahit menyelubungi harapan,
impian yang satu kini lumpuh,
bak tugu sujud ke bumi.....

Memior lama....
menggamit kenangan,
mengukir luka yang takkan menjadi suka...
biarlah berlalu dek masa,
biar kenangan lalu .
hancur dan terus luput di pandangan jiwa...