tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Sunday, November 6, 2011

bolehkah??

bby Bolehkah?
kau memaafkan aku?
aku tiada jawapan itu..
jika itu bisa membahagiakanmu aku mohon maaf..
bisakah kau memaafkanku?
kerana aku sedang cuba untuk terima keadaan ini..
maafkan aku.
andai aku berahsia
bukan aku tak mahu bicara
tapi aku tak tahu apa yang hendak dicerita..
biar keadaan reda
aku tak bisa bicara
kerana segalanya soal jiwa..
Bolehkah kau memaafkan aku?
bukan aku ingin ingkar..
tp aku seakan tersiksa..
biar zahirku meronta
janji hatiku tak lagi luka..
luka yang tiada punca..
salahkah aku meluahkan dengan tangisan ini??
sekali lagi bolehkah aku dimaafi..
kerana aku tak bisa bicara lagi..
biar aku sendiri mengubati hati...
ada sesuatu perkara mudah untuk diterangkan..tapi ada sesuatu perkara sukar untuk diceritakan...sukar untuk difahami...aku pun xda jawapan yang pasti..adakah perubahan ini memberi tekanan?usah ditanya lagi mengapa..kerana aku masih disini..aku ingin lari ke sudut dunia..tp aku pasti ia tak mungki terjadi...

jika...

Jika di beri peluang..
Jauh di sudut hatiku inginku lari...lari..lari jauh-jauh...jauh di sudut dunia..lari dari hakikat ini..tapi aku tahu lari bukan dapat menyelesaikan setiap yg bermain di jiwa...erm...itulah jiwa..akan ku lari ke hujung dunia agar segalanya lenyap dalam kehidupan ini...
aku seolah ingin sendiri..mencari diri yang abadi...
titisan nurani bukan dapat menyelesaikan segala....aku tahu tiada apa yang bisa mengerti hakikat ini....jiwa ini seakan membisu untuk dunia..tapi tak mudah bisu untuk jiwa ini..ke mana aku mahu lari??tiada jawapan yang pasti..siapa akan bersamaku??masih diam kelu tiada jawapannya..aku akan pergi sendiri...bila segala yang tersirat ini bisa terurai...bia ukiran senyuman jiwa kembali padaku...aku kini seolah mengukir senyuman bukan untuk aku...erm...
itulah jiwaku..tidak bisa diterokai..kerana aku tetap aku..yang tak sama seperti yang lain..usah tanya mengapa..kerana aku tiada jawapannya...bisakah aku lari???
aku ingin pergi....

Wednesday, October 26, 2011

Di sini



Di sini,
mulanya detik hidupku
meneroka alam ilmu
seolah busana citra hidupku
tanpa gentar ku terusi
onak duka manis tawa
segalanya di sini

Di sini,
detik berlalu meniti sirna
nur gemerlapan umapama punama
terus maju dipersada dunia
demi anak bangsa tercinta
ku mula di sini

Di sini,
tempat ku semayam
bak singgahsana murni
peneman nurani juga di sini
tanpa duga segala ada di sini

Di sini,
lubuk ilmu ditempa
menoreh dada nan alpa
detik mulanya hidupku
selaku guru...

Di sini
cahaya cinta menjelama
seolah iram-iram di kepala
menyuntik darah muda
menyemai rasa bahagia

segalanya bermula di Sini...
senyumku
tangisku
Di sini....

Monday, September 12, 2011

kau yang ku panggil sayang..


sayang
jiwa ini kian berkata
kau hadir tanpa dipaksa
jiwaku senyum tanpa diduga
hanya kau pengubat duka

sayang
masa menentukan segalanya
tanpa dijangka kau dijiwa
disulami asmara jiwa
kau tetap bertahta
buat selamanya

sayang
walau badai melanda
kau tetap ku puja
kunanti walau derita
kerana kau hadir tanpa diminta
namun kau tetap kupuja

sakitku...

kali pertama dalam hidupku
hadir tanpa diundang
seolah mengundang derita
tiada pesan mengundang nestapa
tatkala hari berlalu
aku kian jemu
meniti hari yang berlalu bagai sembilu mengihiris kalbu
kau hadir ibarat kilat
hanya doa pengubat duka
harap kau terus pergi
tanpa tanya lagi..

Monday, August 22, 2011

my favorite portugis gril....

Bahan-bahan ( 1 )

* 1 ekor ikan kembung
* 1/2 biji air perahan limau nipis
* 1/2 sudu besar kicap pekat
* garam
* gula
* daun pisang
* minyak masak
* Bahan-bahan Kisar:
* 4 tangkai cili merah
* 4 biji buah keras
* 8 ulas bawang merah
* 1 batang serai
* 1/2 inci belacan
* 1 sudu besar serbuk cili
* 2 helai daun limau purut

Cara-cara

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Tambahkan air perahan limau nipis, dan kicap pekat.Tambah gula dan garam.
3. Bersihkan ikan dan daun pisang.
4. Bungkus daun pisang, ikan dan kuah dengan Aluminium foil. Lipatkan kemas2 setiap sisi.
5. Bakar atas kuali leper lebih kurang 15 minit.. ikan boleh diganti dgn udang, sotong, lala, boleh gak tambah bendi atau kacang botol.

Sunday, July 31, 2011

ramadhan

kini tiba lagi
detik yang dinanti
ramadhan dinihari
buat insan suci
inilah yang dinanti

hari penuh bahagia...
tatkala azan berkumandang
senyum meniti bibir
bertemankan kurma
disulami titisan air

Tuesday, July 26, 2011

ingat

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..



Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:



Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

sekian lama

sekian lama aku menyepi
tanpa sebarang suara hati
bukan kau menyendiri
tapi aku cuba cari
kehidupan yang abadi
aku seakan sepi menyendiri
ibarat hati nan sepi
kini aku kembali
entah bila aku kan muncul lagi...
aku sepi kerana hati kian mencari..
mencari keharmonian diri...
kini aku mungkin menyepi lagi...
entah apa yang dinanti disebalik hati....

Sunday, June 26, 2011

sepi

sekian lama aku meyepi...
bukan bermakna hatiku mati
namun aku seolah tidak mengerti
apa kehendak hati...
aku melangkah meniti hari
demi diri ini yang ku hargai
mencari apa yang dinanti
disebalik naluri hati
aku kian menyepi...tanpa kata
tanpa jawapan bila akan ku kembali
diruang ini aku coretkan luahan hati
rahsia sanubari
kini aku kembali
entah bila aku kan muncul lagi....

akhirnya


sebuah penantian
berakhir disini
mengecapi nikmat cinta
demi ilahi
akhirnya
kau disisi
menemani diri ini
meniti kekosongan hati
akhirnya
saat yang dinanti
muncul kini
kau tetap dihati
nan abadi
semoga kau sentiasa bersamaku...
sayang...

Tuesday, April 26, 2011

tempat Lahirku


ROMPIN DALAM SEJARAH

Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok Ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok Ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok Ru itu pada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.

Saturday, April 2, 2011

ku mahu kau tahu


nilai yang ada pada itu
bukan harganya yang ku mahu
tapi nilainya
tiada lain ku harap cuma nilainya
pentingnya dia padamu
jika itu tak kau tahu
bagaimana dengan aku
bernilaikah aku?
jika itu tak kau temu
bagaimana aku?
jika itu kau mahu gantikan?
adakah juga aku kau gantikan?
semuanya ada padamu...
mana nilain itu?

Friday, April 1, 2011

kau..


kini ku tetap milikmu
walau riang walau duka
ku tetap untukmu..
dalam sendu kau bersamaku
dalam tawa kau riang bersamaku
kau untukku
ku untukkmu..
hanya kau dihatiku..
tiada yang lain selainmu

Sunday, March 6, 2011

resah


berat bahuku
seolah ada sesuatu
yang tak dapat digambarkan

berat rasa hatiku
bagai ada yang menunggu
resah menyelubingi tanpa ragu

getar jiwaku
tatkala merasakan sesuatu
seolah tidak menetu

pening kepalaku
tatkala memikirkan itu
jangan lagi menghantui ku...

Sunday, February 20, 2011

Hanya Kamu..



setiap nafasku ada kamu
detik waktu yang berlalu juga bersamamu
tatkala keheningan malam yang mengasyikkan juga ada kamu
sering menemani jiwaku
dimana harusku cari sepertimu
segalanya hanya kamu
yangtetap bertahta di jiwaku
siang malamku tetap kamu..
hanya kamu di hatiku
setiap detik dan waktu
angin yang menderu juga bersamamu
tetap kamu di hatiku..

Tuesday, February 8, 2011

kini


pandangan itu menusuk kalbuku
tatkala terkenang kisah lalu
kau masih bersemadi di hatiku
riang tawamu mengusik sanubariku
tika hati dirundung sepi
mencari realiti hati

kini termatri sebuah janji
yang bakal dituntuti
restu di ucap tanpa sedar
tak terfikir di minda
segalanya bakal tiba

bagai ombak menghempas pantai
begitulah naluri cinta ini
yang tetap bersemati dibalik hati
yang kini dimiliki dengan restu hati..

Wednesday, January 19, 2011

hanya kau...


tiap langkahmu manis menyonsong jiwa
ceriamu indah sang purnama
kau sering mengetuk kamar hati menguntum sanubari
ukiran bibirmu mengubat hati yang mencari
mencari sang kekasih yang sering menanti
hitam manis kulitmu pengubat jiwaku
penemanku yang setia
bijak akalmu pemimpin rohaniku
membelai sanubariku
tulus budimu merobek rasa
senyuman mesra tanda terima
suka rasa mencalit derita
andai kau turut merasa apa yang terpalit dijiwa
bak bulan purnama disinari bintang
bintang yang sering bergemerlapan
mengetuk hatiku...
itulah dia yang kupuja...
siang malamku tanpa kata tanpa dusta
kau tetap bertahta...
sayangku...

pujaku...


jika direnung bulan di langit
indah sinarnya bak kilauan mutiara
umpama bibir mengukir senyuman
dalam sendu ku angankan
indah sepertimu bulan

bak teratai di tasik madu
indah di mata namun tak dapat merasa
bunga permai putih berbalam
menguja tawa di jiwa kelam

bagai bintang sering berteman
jarang sendiri di malam hari
itulah kasih dalam ikatan
andai terus menjadi pujaan hati

hati berbisik rindu terasa
senak di dada bak bisa melanda
namun tetam masih ku puja
dalam angan kau masih idaman...

Sunday, January 9, 2011

SYukuR


syukur
nikmat dihati
syahdu dirasai
dalam nyaman sensasi
nikmat yang abadi

syukur
Alhamdulillah untuk ilahi
nikmatmu tak terperi
menyunting kamar hati
bak mawar mewangi

syukur
ke hadratMU
hanya kau yang satu
menemani aku
cinta yang khusus

syukur
padaMU Ya Rahman
Maha Penyanyang
Malah lebih mengerti
apa yang tersurat di hati

Subhanallah besarnya KeagunganMU
Ya Rahman Ya Rahim....

Thursday, January 6, 2011

saban hari


detik yang berlalu
sering mengahantuiku
ku rindu sapaan itu
namun kini ia milikku

saban hari ku menati
palitan rahsia hati
yang mungkin bersemadi
tanpa sedar dan hargai

kini kau kembali
mencari sebuah erti
erti hidup yang abadi
bila kau tetap ku nanti

jiwaku hanya satu
untuk yang ingin menyatu
tanpa segan dan malu
masih ku tunggu...

DaLam DiaM...


dalam syahdu hatiku berbisik
suara hati kian terisik
mencari sinar dalam gemersik
syahdu alunan membuai rindu

sinar mendatang pastikan jelma
tanpa sedar tanpa kata
masa penentu segala
hanya ketentuanNYA....

dalam diam ku palitkan puisi
puisi indah bak mekar di taman
peneman jiwa peneman duka
tatkala resah bergundah gulana

berbicara soal hati
tanpa fikir rasa hati
namun segalanya hak Hakiki
yang abadi di hati...