tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Tuesday, April 26, 2011

tempat Lahirku


ROMPIN DALAM SEJARAH

Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok Ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok Ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok Ru itu pada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.

Saturday, April 2, 2011

ku mahu kau tahu


nilai yang ada pada itu
bukan harganya yang ku mahu
tapi nilainya
tiada lain ku harap cuma nilainya
pentingnya dia padamu
jika itu tak kau tahu
bagaimana dengan aku
bernilaikah aku?
jika itu tak kau temu
bagaimana aku?
jika itu kau mahu gantikan?
adakah juga aku kau gantikan?
semuanya ada padamu...
mana nilain itu?

Friday, April 1, 2011

kau..


kini ku tetap milikmu
walau riang walau duka
ku tetap untukmu..
dalam sendu kau bersamaku
dalam tawa kau riang bersamaku
kau untukku
ku untukkmu..
hanya kau dihatiku..
tiada yang lain selainmu