tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Saturday, May 22, 2010

wanita


Toril Moi mengatakan bahawa lewat dekad ini para feminis telah menggunakan konsep 'feminisme, female dan feminin' untuk merujuk beberapa perkara...

seorang lelaki boleh menjadi seorang feminis..
namun harus ingat seorang wanita belum tentu mahir dalam feminis...
oleh itu kaum wanita ini seharusnya menjadi wanita menerusi sosialis...
ramai wanita kini lebih gemar mengikuti kebudayaan patriaki...
erm...tidak tahu apa yang mampu dikatakan...
tetapi wanita ini harus bergerak dan berdikari..
usah dibelenggu dek dunia yang kian diboloti kaun patriaki..
bangkit sebagaimana pergerakan pembebasan wanita di Eropah sejak abad ke 19...
wanita sahaja mampu bagkit untuk wanita...


para feminis semua beralih untuk pandangan wanita, pengalaman wanita dan sifat berdikari...
oleh itu usah gentar dengan patriaki...bangkit untuk kita...

Wednesday, May 19, 2010

ujian untuk impian


inginku gapai awan dilangit
menjadi hiasan kamar tidurku
namun aku harus tabah dan terus berani berusaha
berusaha dan terus berusaha
ujian yang mendatang harus ku penuhi dengan ilmu didada
namun hati tidak secekal yang diharapkan
hati cepat goyah dek masa
masa disulami nafsu mals
menjadikan aku lebih cepat tersungkur...
namun aku tidak harus biar ini berlarutan...
aku harus bangkit menjalani ujian...
bukan mudah menjadi seorang guru.....
harus kutempuh ombak dan badai agar segala impian tercapai....

Thursday, May 13, 2010

kerana kau.


kerana kau aku ditinggalkan...
kerana kau masa terbuang..
kerana kau habis segala wang..
kerana kau hidup kian terbuang...
kerana kau habis rosak dalaman..
kerana kau kotor semua..
kerana kau aku merana...
segalanya salah kau...
kerana kau aku terpaksa berpatah hati..
kerana kau aku berseorang...
kerana kau aku sendiri...
kau lagi penting dari segala..
segala - galanya kau..
tidak siapa yang mampu menghalang kau dari menghampirinya..
kerana kau segala musnah...
padah kerana kau...
aku berharap kau akan pergi dari pandanganku..
usah dekati dia..
usah sakiti dia..
kerana kau yang bersalah.
apa yang terjadi akan aku salahkan kau...

kata Christine..



hati nurani adalah satu - satunya cermin yang tidak merayu
dan membohong, kita cuba merosakkannya dan menyuramkan sinarnya namun ia tetap berbicara sebebas-bebasnya dan sekaligus menghukum kita..

demikian lah kata - kata Chistine...

membuatkan aku terfikir,
hati ini adalah benar...namun jangan terlalu ikut kata hati..
hati boleh membawa kita pergi jauh dari apa yang kita pasti..
kita suka ikut kata hati.....namun kata hati memeng tidak bisa bohong diri tetapi memakan diri...
jika kita berada dalam keadaan tetekan usah ikut kata hati....
hati akan membawa kita lebih merana maka ikutkah akal kita apa yang harus kita lakukan...
jangan biar hati menghukum kita....

Monday, May 10, 2010

istimewa.....

Sayang..
Dirimu terlalu istimewa..
Bukan mudah untuk meluahkan
Tapi dapat dirasai
Semoga dirimu sentiasa bahagia
Walau diri ini bukan lah yang terbaik
Namun kau yang terbaik untukku…

Wednesday, May 5, 2010

Hujan Badai



bukan kerana jiwa
kita berlari mengejar pantai
selepas gerimis melanda sepi
berteman guruh dan petir
namun cekal dek hembusan angin bayu
angin yang menyapa muka tanpa malu
buang segala hampa ke lautan kelam
tanpa sebarang tanda tanya
segala dukalara dihayutkan ombak menggulung
hujan ditengah lautan bagai bisa berbicara tentang cinta
cinta hempedu yang kian rindu
titisan hujan yang menusuk jiwa menambah duka
disulami taufan raga yang kian lara
jiwa cuba diisi kesanggupan hati
hati yang kian koyak dimamah usia
badai melanda merosakkan jiwa remaja
jiwa ternoda dek panahan petir
guuh seakan percaya kata jiwa
jiwa yang makin luka sengsara
ombak menggulung seakan tinggalkan ucapan pergi
biarkan diri pergi dek badai hujan dan ombak taufan...
jangan hirau hujan badai itu mulikku..

Hujan Itu....


setiap detik ku nantikan kehadiranmu,
dinginmu ku rindukan,
ketar tubuhku tatkala kau hadir buatku,
walau kehadiranmu menyayatkan hati,
banyak jiwa luka keranamu,
hadirmu bertemankan guruh dan taufan,
sakit perit diufuk timur memanah jiwaku,
namun bila kau hilang,
hatiku sayu,
sunyi tanpamu disisi,
tatkala kehadiranmu aku sering tersentak,
debaran kian kencang keranamu,
suaramu menghantuiku seiring bulan mengambang,
jiwaku seakan ternoda dek lumpur kotor,
ganas dihambat gelombang tsunami,
namun kau berlalu tanpa hiraukan aku,
sedih hati mendepani konflik diri,
kau pergi tinggalkan kesan dihati,
kau musnahkan aku dengan titisan - titisan noda,
kau semadikan aku dengan hambatan petirmu,
gerimis mengundang membawa hati nan lara....
bagai hujan itu menghantui aku...




moga dapat dihantar utk tgasan ku...
smile in the rain...

Saturday, May 1, 2010

usaha




Berusaha dengan gigih dan bertawakallah selagi kudrat masih ada.
Senyuman terukir menggamit memori lalu. Kejayaan yang diimpikan terbayang difikiran.
Dengan usaha ditambahkan dengan doa berserta senyuman segala impian boleh menjadi kenyataan. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan untuk mengejar impian yang pasti milik kita.
Kejayaan itu bakal mengukir 1001 senyuman diwajah.

MANUSIA TANPA USAHA


MANUSIA TANPA USAHA

Manusia sering meminta,
Tetapi tiada usaha,
Manusia meminta jauh nun untuk digapai,
Namun tiada cara untuk mencapai,
Sebab itu apa yang diminta,
Hanya tinggal permintaan.
Manusia sering melakukan duka,
Tetapi kurang melakukan suka,
Dugaan menimpa mengugat jiwa,
Namun manusia tetap meminta tanpa usaha.
Kalaupun datangnya suka,
Itu hanya sementara,
Kerana kita manusia durjana,
Yang sentiasa lega dan alpa,
Kerana kenikmatan dunia seketika.
Yang kekal selamanya,
Hanya hak mutlak dari-Nya,
Tadahlah tangan berdoa,
Kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan selamanya,
Hanya dengan izin dari-Nya.

cintaku..


Dikeheningan malam,
temenungku berseorang,
tak lena mata dipejam,
terdengar suara terngiang,
suara merdu yang ku sayang,
sentiasa memendam rasa,
rasa yang ku cinta,
hatiku dibelai rindu,
rindu dipalit rasa sepi,
mencari pautan hati,
yang kini menyendiri,
lalu ku pergi,
memecah sunyi hati,
kukuatkan hati demi cinta suci,
akhirnya kau dihati,
mungkin sampai mati.....

Untukku?


aku semakin bingung,
bingung dengan hatiku,
aku tidak tahu,
apa soal hatiku,
yang ku tahu kau dihatiku,
aku kian gundah,
gundah dihambat perasaan hati,
aku takut aku bukan dihati,
aku terus - menerus bermain dengan hatiku,
aku tetap mengatakan kau dihatiku,
kau milik aku?
jawapannya pada kau bukan aku,
apa yang aku tahu,
kau yang satu..
kau satu hanya untukku....