Dibawah teriknya sang suria
kau masih memerah keringat
menggadaikan segala kudrat
demi semua yang kau puja yang kau cinta
setiap titis keringat itu membawa seribu erti
erti sebuah pengorbanan
kau seolah mengabdikan diri untuk semua....
sebenarnya kau tak kuat...
kau lemah....kerana segala kudrat yang ada
sudah lama kau gadaikan demi sebuah kebahagiaan
namun aku yakin kau sentasa ada kekuatan
kekuatan untuk menjadi kuat dan terus maju
aku tahu....
sang suria tidak sanggup membakar dirimu
kerana kau insan mulia
kau insan yang ku puja
insan yang sentiasa bertahta disetiap dengusan nadi ini
insan yang paling berjasa
insan yang tidak kenal erti putus asa
segalanya kau korban demi keluarga tanpa rasa sengketa
segala kasih dan bakti kau tidak akan ku lupa
kerana kau idola hati ini
kau pencipta melodi riang hati ini
tanpamu pincanglah segala...
hati tanpa melodi darimu
bagiku kau teristimewa
terima ksih atas segala...
tersentuhh3...;(
ReplyDeleteala ite tomey ni...
ReplyDeletesebenarnya kau tak kuat...
ReplyDeletekau lemah....kerana segala kudrat yang ada
sudah lama kau gadaikan demi sebuah kebahagiaan
namun aku yakin kau sentasa ada kekuatan
kekuatan untuk menjadi kuat dan terus maju
aku tahu....
sang suria tidak sanggup membakar dirimu
kerana kau insan mulia
kau insan yang ku puja
insan yang sentiasa bertahta disetiap dengusan nadi ini
insan yang paling berjasa
insan yang tidak kenal erti putus asa
segalanya kau korban demi keluarga tanpa rasa sengketa
segala kasih dan bakti kau tidak akan ku lupa
plg suke rangkap ni...terharuuu....<3
khas buat insan yg plg ku syg..
ReplyDeletesyg sgt....
my great father...