tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Wednesday, July 7, 2010


tiada lagi suara itu
kicauan hingar yang menggamit hati
ketenangan yang abadi
peneman aku tika hati kian sunyi
suara itu selalu ku rindu

tangan yang durjana merosakkan segalanya
hati yang penuh nista merobek segala
hilang bak debu berterbangan
tidak mampu digapai
seolah tiada makna

tangan itu yang merobek sanubari naluri hati
hilang segala kedamaian hati
suara yang ku rindu hilang seiring senduku
tangan ini tidak terdaya menghalang

kerinduan memuncak menikam sanubari
kicauan dan hilaian gemersik hati tiada lagi
hancur musnah harapan hati
kerana tangan itu meragutnya dariku
tiada lagi kehijauan penyejuk hati
tiada lagi hilai tawa penghibur sanubari

tangan itu merampas segalanya dariku
tiada maaf atas khilaf itu
anugerah itu bukan milikku lagi..
tiada suara pengubat hati
tiada segalanya kerana tangan itu..
tangan durjana merobek gemersik hati...
tiada ruang untuk tangan itu lagi...

No comments:

Post a Comment