
mengapa menapak jauh
gunung didaki
lurah dituruni
menyelusur hingar kota kerana dahaga
diherdik dimaki biasa baginya
namun tidak aku
rintihan dan titisan keringat itu
menggetarkan sukamaku
hayunan kertas jari jemari simpati
moga kau terus bahagia
sepertiku...
usah menapak lagi
andai kau mampu
bumi bisa berkata jika kau berdusta
ombak meraung jika kau merana
teruskan usaha andai itu takdirnya
usiamu bukan untuk itu..
aku harap kau bahagia
seperti insan lain
usah tagih simpati pada yang tak sudi....
tegarkan jiwa agar kau terus berusaha
usah menapak lagi andai kau berjaya...
usah dustai hati nurani itu...
ku harap dusta bukan temanmu....
kerana itu musuhku..
No comments:
Post a Comment