tinta pena dariku

selamat datang....

hati bisa mengerti apa yang dibicarakan oleh jiwa....

Tuesday, January 31, 2012

Ombak Asmara

Ombak Asmara

Pagi itu terlalu nyaman dan begitu menenangkan. Tubuhku dingin bercampur suam –suam disimbah cahaya mentari pagi yang begitu mengasyikkan. Aku berjalan sendirian meniti batas-batas sawah, merenung pokok-pokok padi yang membunting kekuningan. Sejuk mataku memandang ibarat terapi mata yang begitu menyenangkan hatiku. Samar – samar kabus yang masih berbalam-balam dipandangan mata apabila melihat sang camar berterbang riang membuatku tenggelam dalam khayalan sendiri. Sambil memejamkan mata, aku menyedut kesegaran udara pagi kurniaan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah…” detik hatiku perlahan.

Kedamaian pagi seperti inilah sudah lama aku impikan. Tidak pernah terlintas difikiranku aku dapat menikmati keindahan seperti ini. Bagai mimpi yang begitu mengasyikkan jiwaku. Aku berasa sangat bertuah kerana dapat mengecapi keindahan ini. Sangkaan lampau rupa-rupanya dusta belaka. Tiba-tiba aku terkenangkan saat aku diberitahu aku ‘posting’ disini, jiwaku seakan meronta-ronta merayu agar aku tidak akan dihantar ke sini. Rupanya indah khabar dari rupa. Apa yang diceritakan segalanya bohong belaka. Tempat yang begitu indah sebegini sanggup dikatakan sebagai tempat terpencil. Hairan aku dibuatnya,namun aku tetap bersyukur kerana diberi peluang seperti ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan seperti ada lingkaran yang merayap di pinggangku, aku berasa begitu aneh dan aku terus menoleh kebelakang rupa-rupanya suamiku yang sengaja hendak mengejutkanku dari lamunan.

“sayang,jom…lah kita balik bersarapan. Perut baby dah berbunyi ni,” kata suamiku yang begitu manja dengan panggilan baby. Walaupun bunyinya janggal namun dialah pengubat hatiku setiap masa.

Aku tersenyum menjeling suamiku yang nampak kacak pagi itu. Keghairahanku menikmati suasana pagi itu telah membuatkanku lupa tentang sarapan. Sambil ketawa aku dan suami tercinta sama – sama melangkah menuju pulang ke rumah sambil berpimpinan tangan. Tanpa disedari ada mata yang memandang, Mak Kiah jiranku sempat menjeling dari aras matanya yang membawa maksud yang tersendiri walaupun sedang menyiram bunga-bunga kesayangannya di laman. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk dan malu-malu kucing sambil jariku mencubit manja lengan suamiku.

Tidak aku sangka aku di arahkan mengajar di sebuah kampung yang sangat indah ini dan lebih mengembirakan hatiku apabila tunangku pada ketika itu iaitu suamiku kini pun di hantar ke sini. Bukan mudah untuk dapat mengajar di tempat yang sama dengan suami tetapi aku cukup bertuah kerana dengan izin Allah aku dapat sentiasa bersama suamiku yang tersayang. Selama lima tahun menyulam kasih akhirnya cinta kami diakhiri dengan ikatan suci.

Teringat ketika aku mula-mula mengenali suamiku Wafi , dia merupakan seorang yang cukup pemalu kontra dengan sikapku yang begitu peramah dan kadang-kadang dapat kurasakan seperti bertih goreng mulutku ketika itu. Namun disebalik sikapnya yang pendiam itu rupa-rupanya dia merupakan seorang yang cukup penyanyang dan cukup menghiburkan. Aku seakan serasi berkawan dengannya namun tidak terlintas difikiranku untuk menjadi suri dalam hidupnya. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu ‘jogging’ walaupun badan aku tak juga kurus. Jika ada masa lapang kami sering ke taman untuk beriadah bersama. Namun hari demi hari dapat aku rasakan sesuatu yang lain dalam hatiku tetapi aku cuba untuk menidakkan kerana azamku hendak menamatkan pengajian dahulu.

Dalam diam rupanya dia juga suka kepadaku. Dia memang pandai menggodaku.

Pada mulanya kau malas untuk melayan godaannya dan pujukannya. Malah rakan sebilikku juga turut menasihatiku agar aku ingat dengan azamku untuk menamatkan pengajian terlebih dahulu. Namun bila aku terkenangkan dirinya yang memiliki susuk tubuh yang tinggi dan sasa dan sangat baik hati dan suka menolong rakan-rakan menyebabkan dia sering menjadi igauan dan siulan pelajar perempuan. Tidak dapat aku nafikan dia pandai memikatku. Akhirnya hatiku terbuka untuk menerima cintanya untuk kali pertama dalam hidupku. Dia pandai melayan karenahku malah dia sangat penyabar menuruti kehendak hatiku. Hal ini menyebabkan hati aku makin terpaut dan makin bertambah rasa sayang aku kepadanya. Aku merasakan diriku bagaikan puteri.

Aku semakin leka dengan dunia yang aku corakkan sendiri namun aku sering ingat pesan mama di kampung halaman bahawa aku harus belajar dan cuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Hari-hari berlalu bagaikan mimpi yang disulami asmara cinta aku dan Wafi. Sehinggakan ada teman-teman seolah-olah jemu melihat kami. Namun aku bagai disantau ombak asmara dan tidak pernah mendengar pandangan sekeliling. Ketika itu aku dan Wafi seolah-olah tidak hiraukan tomahan orang sekeliling dan apa yang aku tahu aku bukannya buat perkara tidak tentu arah malah sejak kehadiran Wafi dalam hidupku urusan aku lebih mudah.

Ingat lagi ketika aku di asrama, rakan sebilikku Amalina seolah-olah iri hati dengan kebahagiaan aku dan Wafi. Tidak dapat aku tak nafikan aku lebih banyak ruangkan masa untuk Wafi malah tugasan pelajaranku juga aku siapkan bersama Wafi. Amalina tidak pernah meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya sehinggakan ada satu perkara yang menyebabkan aku dan rakan sebilikku bertikam lidah. Sebenarnya perkara itu kecil sahaja tetapi sengaja dibesar-besarkan. Dia rasa sepi sejak aku dengan Wafi. Tapi aku sebelum dengan Wafi pun aku tidak langsung menyusahkan sesiapa. Aku bertindak untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Masa berlalu begitu sekejap kurasakan bagai tidur disiang hari. Dalam sibuk aku menelaah dan bermadu kasih bersama Wafi, aku kini berada di tahun terakhir pengajian. Tinggal lagi dua semester untuk aku memerah otak menambahkan ilmu di dada bagi mendidik anak bangsa. Tidak sabar rasanya hatiku untuk menggengam segulung ijazah setelah hampir lima tahun setengah berusaha menambahkan ilmu. Aku dan Wafi sering berusaha bersama-sama untuk mencapai impan kami untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa yang beribawa. Hubungan kami sudah mencecah empat tahun dan tanpa aku sedar usia aku pun kini makin meningkat. Keluarga di kampung sudah berbuih mulut mengharapkan aku bertunang dengan Wafi. Aku sebenarnya tiada masalah berkaitan dengan itu tetapi sesuatu yang menjadi halangan ialah apabila Wafi tiba-tiba menyangkal dan membantah pendapat kedua orang tuaku.

Aku semakin hairan dengan keputusan Wafi. Bagiku dialah putera yang selalu menemaniku tika aku kesepian dan keresahan. Aku seakan-akan buntu apabila keluarga mendesak aku untuk bertunang dengan kadar segera. Aku tidak tahu bagaimana untuk menceritakan masalah ini kepada mama dan abah. Aku cuba kuatkan semangat dan ingin tahu apakah sebabnya Wafi bersikap sedemikian kerana sebelum ini setelah empat tahun menyulam bahtera cinta asmara, dia tidak pernah membantah apa kehendakku.

Sudah empat hari aku tidak bertemu dengan dia insan yang aku damba. Aku tidak tahu mengapa tiba-tiba sikapnya berubah. Sedang asyik aku mengelamun mengenangkan masalah ini, tiba-tiba lagu kegemaran Wafi kedengaran dipelusuk gegendang telingaku, rupa-rupanya telefon bimbitku berdering dan tertera nama ‘Hubby’. Aku terus tersentak dari lamunan dan segera menekan butang hijau di telefon bimbit Sony Ericsonku.

“Assalamualaikum..kita jumpa petang nanti okey di tempat biasa, bye sayang,” ujar Wafi kepadaku tanpa mendengar sebarang kata dariku.

Panggilan Wafi itu, entah kenapa meresahkan aku tiba-tiba. Macam-macam berlengar di kotak pemikiranku dan membuatkan aku semakin resah. Seawal jam 4.30 petang aku telah bersiap sedia untuk bertemu dengan Wafi mujurlah hari ini aku ‘bendera merah’ jadi tidaklah aku kelam kabut untuk solat maklumlah orang wanita diberi kelonggaran oleh Allah. Aku tidak sempat untuk memberitahu teman sebilikku bahawa aku hendak keluar sebentar kerana sebelum ini jika aku hendak ke mana-mana pasti aku akan memberitahunya dahulu bimbang jika dia menunggu kepulanganku. Jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkan memo di atas meja tulisnya.

‘ Amalina,

Sara keluar sebentar kerana ada urusan yang penting, jangan risau Sara hanya ke taman untuk bertemu dengan Wafi…

Jumpa malam nanti okey’.

Aku jarang meninggalkan memo seperti ini kerana jika aku keluar Amalina sentiasa ada di bilik. Tetapi hari ini aku seolah-olah tidak sabar untuk bertemu dengan Wafi mungkin kerana aku inginkan kepastian. Aku terus mengorak langkah ke taman iaitu tempat biasa kami bertemu. Aku mencari tempat duduk yang kosong kerana setiap petang ramai pengunjung yang berkunjung di taman ini.

Lima belas minit berlalu, tiba-tiba bahuku disentuh lembut oleh tangan yang sering membantuku tika aku kesepian. Hati aku bersorak gembira, aku tidak tahu kenapa hari ini tidak seperti hari-hari biasa. Aku seakan-akan tidak sabar mendengar penjelasan Wafi.

“Ayang,sebenarnya baby bukan tidak mahu kita mengikat tali pertungan dengan cepat tetapi baby ada masalah yang perlu baby kongsikan dengan ayang,” jelas Wafi kepadaku yang sememangnya mesra dengan panggilan baby iaitu panggilan manja yang sering aku panggil.

Aku ingin tahu apa masalah dia sebenarnya, tetapi aku cuba berlakon seakan-akan tenang sahaja. Rupa-rupanya dia ada masalah kewangan dan bagi aku hal itu bukanlah satu masalah yang berat kerana aku juga ada menyimpan wang elaun yang aku terima setiap bulan dan wang tersebut sememangnya aku simpan untuk hari bahagia kami. Wafi sebenarnya tahu hal itu, tetapi sikap ego yang ada pada sifat kelakian dia jelas menunjukkan bahawa dia tidak mahu berkongsi. Namun aku cuba untuk memujuknya kerana itu bukanlah masalah yang rumit. Aku tidak tahu untuk memberitahu kedua orang tuaku jika aku terpaksa membatalkan pertunangan kami. Mama merupakan orang yang paling berharap agar kami segera bertunang dan melangsungkan perkahwinan kerana mama bimbang jika aku akan dihantar untuk mengajar di kawasan pedalaman.

Akhirnya setelah sekian lama menyulam kasih kami diikat dengan ikatan pertunangan selama lapan bulan dan tarikh perkahwinan kami telah pun ditetapkan. Aku berasa bersyukur kerana kedua-dua orang tuaku dan juga kedua-dua orang tua wafi tidak langsung menganggap bahawa ikatan perkahwinan ketika di alam belajar menjadi masalah. Dalam kesibukan untuk menguruskan hari bahagia aku dan Wafi tidak alpa untuk belajar dan menelaah pembelajaran kerana kali ini merupakan tahun terakhir kami.

Masa berlalu begitu patas tanpa kau sedari hanya seminggu sahaja lagi ikatan cinta antara aku dan Wafi akan diakhiri dengan ikatan yang murni yang sudah lama aku nantikan. Aku semakin gelabah kerana seperti tidak percaya bahawa hari yang kami nantikan akhirnya tiba juga. Segala persiapan telah lengkap diuruskan oleh keluargaku kerana maklumlah aku masih lagi bergelar mahasiswa.

Hari berlalu begitu pantas bagiku, dan hari ini tanggal 17 Disember 2012 aku akan bergelar isteri orang dan dia tidak lagi bergelar ‘pakwe’ atau tunangku lagi kerana dia Muhammad Zafri Wafi bin Kamarul Adzar akan menjadi suamiku buat kali pertama dan terakhir dalam hidupku. Bagiku hari ini merupakan sejarah yang paling penting dalam hidupku.

Saat ini, aku sangat berdebar-debar kerana abah telah bersalam dengan Wafi untuk mengakad nikah anak perempuan bongsunya dan juga merupakan anak perempuan tunggalnya.

“Muhammad Zafri Wafi bin Kamarul Adzar”, panggil abah memulakan acaranya.

“Saya”, perlahan Wafi menyahut.

“Aku nikah akan dikau dengan anak aku Qaseh Qaisara Qistina binti Shamsuddin dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran”, tangan abah menggoyangkan tangan Wafi untuk mengakadnya.

Dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isterinya. Dan aku berasa sangat sayu kerana sudah bertahun-tahun aku mempertahan cinta ini.

“Sara, hari ini kamu sudah menjadi isteri orang…jaga tingkah laku kamu….jangan ingkar kata-kata suami…”mama dan abah mengingatkan ku.

“assalamualaikum” kata Wafi. Hatiku berdebar-debar kerana insan yang aku sayang, insan yang ku damba dan insan yang ku sanjung kini milik aku.

“waalaikumusalam” balasku dalam hati. Tanganku dipengang…cincin disarungkan. Tiba-tiba dahiku dicium mesra oleh suamiku. Lama disitu, aku merasakan sesuatu yang lain dari perasaanku. Aku rasa terlampau bahagia. Aku menangis. Gugur airmataku di hadapan lelaki yang paling aku sayangi. Yang kini telah menjadi suamiku. Mukaku diangkat oleh suamiku.

“kenapa menangis ni? Ayang tak sayang baby? Mataku pejam tiba-tiba terbuka dan aku lihat manik-manik jernih juga mengalir di pipi suamiku. Kami rasa seperti ingin menjerit kegembiraan.

Aku berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami disatukan dan rakanku Amalina juga hadir walaupun tika aku mula bercinta dengan Wafi dialah orang yang paling membantah keputusanku. Ramai teman-temanku hadir dihari bahagiaku.

Setelah semuanya selesai, aku terpaksa kembali ke kampus untuk belajar. Saat ini, aku dapat rasakan sesuatu yang lain kerana sebelum ini belum lagi bergelar isteri orang. Kami dikehendaki mengisi borang untuk dihantar mengajar selepas tamat pengajian. Aku dan suami memilih tempat yang sama. Kami tidak endahkan ke mana kami dihantar janji ke tempat yang sama.

Masa berlalu tanpa disedari, kini aku dan suami telah tamat pengajian dan dalam tempoh sebulan kami akan menerima rasa untuk memaklumkan penempatan kami. Aku berasa agak takut seandainya aku ditempatkan di tempat yang berlainan dengan suamiku. Kedua-dua orang tua kami juga sangat risau akan kemungkinan itu. Orang yang paling risau ialah mama maklumlah aku kan anak bongsu malah dia hanya mempunyai seorang anak perempuan.

Alhamdulillah, surat telah pun kami terima dan kami akan di tempatkan di sebuah negeri yang indah iaitu negeri jelapang padi. Namun ada juga teman-teman yang mengatakan aku akan kekok untuk tinggal di kampung dan macam-macam lagi tomahan yang aku terima. Aku redha dengan ketentuan ilahi kerana aku sememangnya tidak kesah ke mana aku akan mengajar janji suamiku tetap bersamaku.

Hari yang dinantikan telah pun tiba aku dan suamiku tenang sahaja untuk berpindah ke tempat baru. Keluargaku tidak berat hati untuk melepaskan aku kerana maklumlah tanggungjawabnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Wafi. Sepanjang perjalanan aku terasa kepalaku berdenyut-denyut dan aku mengambil keputusan untuk melepakan mata.

Kini aku telah sampai ke tempat yang dituju dan rumah sewa juga telah disediakan kerana bapa mertuaku ada kenalan di negeri ini. Suasana di kampung ini sangat nyaman dan sungguh mengasyikkan. Jiran tetangga juga sangat ramah dan aku berasa sangat seronok dan tenang sekali. Tiba-tiba sakit kepalaku menyerang lagi aku cuba untuk bertahan dan aku tidak maahu suamiku tahu kebenaran yang sebenarnya.

Hari-hari yang berlalu begitu menyeronokkan aku. Aku tidak langsung kekok berada di negeri jelapang padi ini. Hari ini, aku ke sekolah seperti biasa sebelum enjin kelisa merahku dihidupkan aku besalam dahulu dengan suamiku. Dia mengajar di sekolah yang dekat sahaja dengan rumah kami, jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.

Aku ke sekolah seperti biasa tetapi hari ini dapat aku rasakan kepalaku semakin kritikal. Sedang aku berjalan menuju ke kantin pandangan aku gelap gelita. Tiba-tiba aku terdengar suara Wafi dan suara Cikgu Tina iaitu rakan sekerjaku yang sering bersamaku.

“saya di mana ni??,” Tanya aku dalam kebingungan..

Wafi tenang dan mengukirkan senyuman.

“ayang selamat, ayang di klinik sekarang ni”.

Aku seakan bingung kerana aku seolah-olah tidak ingat apa yang terjadi. Aku cuba berlagak tenang. Suamiku seorang yang cukup tenang walaupun aku tahu dalam hatinya cukup resah dengan apa yang terjadi kepadaku.

“saudara Wafi, mari ikut saya sebentar”…tiba-tiba doktor yang bertugas memanggil suamiku…

Cikgu Tina juga keluar dari bilikku hendak ke tandas katanya. Aku mengambil kesempatan waktu ini untuk menulis sekeping nota ringkas buat suamiku.

Baby,

Terima kasih kerana sering bersamaku walau apa pun yang berlaku. Tika ini mungkin ayang tidak lagi bersama baby tetapi baby perlu tabah menghadapi hidup ini.

Ayang berasa sangat bahagia bersama baby dan untuk pengetahuan baby juga ayang sangat seronok apabila apa yang kita rancang selama ini berjalan dengan lancar.

Baby ketahuilah bahawa baby adalah insan yang pertama dan terakhir dalam hidup ini. Maafkan ayang kerana ayang dah lama rahsiakan sesuatu dari baby dan hari ini baby tahu kebenarannya dari doktor. Oleh sebab itulah ayang mahu perkahwinan kita disegerakan kerana ayang ingin menjadi suri dalam hidup baby walau seketika. Terima kasih kerana izinkan ayang menjadi isterimu..

Baby ingat tak baby penah tanya kenapa rambut ayang semakin berkurang?

Erm…hari ini baby tahu jawapannya kan?

Terima kasih kerana membantu ayang selama ini..hidup ini sangat bermakna bersamamu…

Maafkan ayang baby…….

Terpulang pada baby untuk mencari pengganti tetapi bagi ayang baby yang pertama dan yang terakhir dalam hidup ayang…

Salam sayang dariku untukmu…

Qaseh Qaisara Qistina Shamsuddin

“saudara Wafi, isteri awak sebenarnya sudah lama menghidap barah otak dan saya tidak dapat meneruskan perubatan kerana isteri awak berada dalam keadaan yang kritikal dan dia tidak pernah membuat sebarang rawatan sebelum ini. Saya nasihatkan awak membawa dia pulang dan jagalah dia sebaik mungkin kerana pihak kami tidak mampu untuk membuat rawatan ke atasnya.”

Wafi kini tidak lagi seceria biasa dan dia dengan segera mengorak langkah ke wad isterinya. Cikgu Tina yang berada di lobi hairan dengan perlakuan Wafi. Cikgu Tina mengekori Wafi. Apabila pintu wad dibuka……sekujur tubuh telah kaku..

“ayang…bagun…ayang ni baby ni…” dalam tangis Wafi mengejutkan isterinya.

Dalam kesedihan itu, Wafi terpandang sekeping nota ringkas di atas meja sebelah Sara. Wafi seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan itu. Baginya hidup ini bagai tiada erti. Namun Wafi harus akur kerana segalanya ketentuan Allah.

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Yang Maha Esa……

No comments:

Post a Comment